Badminton

Piala Thomas: BAM kagum dengan kematangan Iskandar Zulkarnain

Penampilan sulung juara kebangsaan Iskandar Zulkarnain Zainuddin di kejohanan Piala Thomas memberi pulangan kepada pauskan kebangsaan jelas Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

“Saya kagum dengan kematangan Iskandar, semangat juang dan permainan beliau. Sebagai pemain perseorangan kedua negara, dia memiliki beban yang besar di bahu. Dia perlu menjadi inspirasi kepada pemain lain dalam pasukan,” kata beliau.

Seperti perlawanan menentang Korea Selatan, Iskandar menunjukkan permainan bertenaga selepas Taiwan mengikat kedudukan 1-1.

Dia menumpaskan Hsu Jen Hao 21-8, 21-13 dengan permainan seakan-akan pemain berpengalaman di kejohanan berprestij ini.

Kejayaan beliau membantu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mendapatkan mata kemenangan selepas menewaskan Chen Hung Ling/Wang Chi Lin 21-16,22-20.

“Kini dia telah menang semua tiga perlawanan. Tetapi apa yang penting, dia perlu kekalkan momentum di separuh akhir,” ujar beliau.

Malaysia akan bertemu Denmark di separuh akhir hari ini dan Iskandar berkemungkinan besar akan bertemu Jan O Jorgensen yang dijangka diturunkan sebagai perseorangan kedua.

Dalam pertemuan mereka di Terbuka Malaysia pada bulan April, Iskandar tewas kepada pemain nombor lima dunia itu 7-21,16-21.

“Saya akan mendapat peluang untuk membalas dendam terhadap kekalahan itu dan saya percaya kekuatan kami hampir sama. Saya tidak rugi apa apa,” kata beliau.

Other posts by