Football

Kaji kelemahan skuad Pulau Pinang dalam Liga Super

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan semua agensi sukan perlu mengkaji kelemahan skuad Harimau Kumbang yang menunjukkan aksi buruk dalam saingan Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembagunan Masyarakat Negeri, Chong Eng berkata Pulau Pinang berada di tangga ke-12, kedudukan tercorot dalam liga.

“Bahka kekalahan 1-2 kepada Felda United pada hari Rabu juga menutup peluang Harimau Kumbang untuk bermain dalam Piala Malaysia,” jelas beliau bagi menutup ucapan Yang Dipertuan Negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri minggu lepas.

Di bawah peraturan baru Piala Malaysia yang diperkenal tahun ini, pasukan yang berada di tangga tercorot liga selepas setengah musim tidak akan layak untuk bermain di Piala Malaysia.

Chong Eng berkata bahawa kerajaan Pulau Pinang mengetahui keadaan kewangan setiap persatuan sukan di negeri tersebut, tetapi hanya mampu memberikan bantuan dan subsidi bergantung kepada permintaan mereka.

“Kerajaan negeri tidak boleh jika tidak memberi bantuan penuh kepada semua persatuan sukan negeri. “Selain itu, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program bagi memperkasa dan penambahbaikan untuk meningkatkan taraf sukan.”

Other posts by