Motorsport

Zulfahmi harap dapat mengulangi kejayaan Sepang di Donington Park

Pelumba Superbike Muhammad Zulfahmi Khairuddin berharap dapat mengulangi kemenangan beliau di Litar Sepang dengan melayakkan diri ke Superpole 2 di Kejohanan Superbike Antarabangsa (WSBK) di Donington Park, United Kingdom pada 27-29 Mei.

Penunggang berusia 24 tahun itu yang berlumba dalam Supersport class berkata keyakinannya telah meningkat selepas menaiki podium buat kali pertama dalam pusingan keenam di Litar Lumba Sepang minggu lalu.

“Saya tidak pernah berlumba di Donington Park dan harap untuk cepat belajar mengenai litar lumba itu. Saya harap dapat mencatat 10 masa terpantas untuk layak ke Superpole 2 pada hari Sabtu.

“Bagi Supersport Class, kami tidak mempunyai banyak kelengkapan motorsikal. Saya gembira dengan motorsikal dan persembahan juga semuanya akan berjalan lancar minggu depan,” beliau memberitahu wartawan di acara “Bikers Unite for Charity” yang dianjurkan oleh Bikers United Club (BUC), yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali.

Zulfahmi membuat penampilan podium pertamanya selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 33 minit 22.994 saat, hanya 0.050 saat di belakang Juara Itali Ayrton Badovini.

Penunggang Oreal Racing VerdNatura itu mengakui tekanan yang dihadapi selepas kejayaan minggu lalu.

“Saya akan terus berusaha untuk dapat tempat terbaik dalam baki 7 pusingan perlumbaan,”

Zulfahmi, yang menunggang Kawasaki, berada di kedudukan ke-10 selepas enam pusingan dengan 40 mata, sementara juara empat kali, Kenan Sofuoglu dari Turki berada di kedudukan pertama dengan 96 mata.

Other posts by