Featured, Football

Pemain kelahiran Malaysia sertai St Louis FC

Saint Louis FC yang beraksi dalam divisyen 2 Liga Bola Sepak Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka telah memberikan kontrak kepada pemain muda kelahiran Malaysia Wan Kuzain Wan Kamal.

Pemain muda berkenaan yang juga bermain bersama akademi pasukan berkenaan merupakan salah seorang dari dua pemain pertama akademi yang ditawarkan kontrak untuk bermain dengan St Louis FC.

Kuzain, pemain kelas 2017 akademi berkenaan, telah bermain untuk SLSG Illinois, berlatih bersama skuad Amerika Syarikat bawah 17 tahun dan kelab Belanda Feyenoord.

“Prestasi Kuzain telah meningkat tahun ini. Sebahagian darinya adalah dari kematangan dan sebahagian lagi hasil dari suasana latihan di Saint Louis FC setiap hari.” Ujar jurulatih akademi, Kevin Stoll.

“Dia pemain muda yang bagus, berlatih dengan kuat serta ini sesuatu yang dia telah berkerja keras untuk dapatkan sekian lama dan dia layak untuk semua ini.”

FAM pada tahun 2014 dilaporkan mengetahui mengenai bakat Wan Kuzain Wan Kamal tetapi berkemungkinan akan terlepas memikatnya untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaysia selepas pemain itu dipanggil menyertai latihan bersama skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat.

Other posts by