Football

Davies dan Gopinathan mungkin terlepas aksi Play Off Piala Asia

KELANA JAYA: Ketua Jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee perlu membuat keputusan selepas pemain sayap R. Gopinathan dan pemain kelahiran Australia Matthew Davies dilaporkan mengalami kecederaan kaki dan belakang sebaik melapor diri di pusat latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya akan menilai laporan daripada doktor pasukan berhubung kecederaan kedua-dua pemain sehingga esok.

“Sekiranya mereka masih belum pulih, saya akan buat pertukaran dengan melihat pemain daripada senarai menunggu atau pemain bukan daripada senarai menunggu untuk menggantikan tempat mereka,” kata Kim Swee.

Pemain sayap R. Gopinathan mengalami kecederaan kaki dalam kemenangan 5-2 Selangor ke atas Kelantan minggu lalu sementara bek kanan Matthew Davies pula dilaporkan mengalami sakit belakang ketika bermain untuk Pahang sepanjang Liga Super berlangsung.

Hanya 15 orang pemain menyertai latihan pada hari pertama semalam, sementara baki 10 orang pemain yang kesemuanya bermain untuk JDT akan melaporkan diri selepas perlawanan mereka menentang Kaya FC dalam saingan Piala AFC.

Skuad Malaysia akan menentang Myanmar Sabtu ini dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bertemu Timor Leste dalam perlawanan Play Off Piala Asia di Larkin pada 2 dan 7 Jun ini.

Other posts by