Athletics

Pelari muda negara pulang dengan 1 emas dan 2 perak

Malaysia merangkul satu pingat perak menerusi acara 200 meter (m) lelaki menerusi pelari muda negara Khairul Hafiz Jantan di aksi final Kejohanan Olahraga Remaja Asia Ke-17 di Ho Chi Minh City, Vietnam, semalam.

Terdahulu, Khairul Hafiz meraih pingat emas pertama negara menerusi acara 100m selain membantu kuartet 4x100m lelaki negara meraih pingat perak.

“Saya bersyukur kerana dapat sapu semua pingat acara yang saya sertai dan pertama kali mencapai keputusan sebegini,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Nor Eewan Syafiqah Mohd Sabri berjaya merangkul satu pingat gangsa untuk skuad olahraga remaja kebangsaan menerusi acara 200m wanita.

Malaysia menutup tirai kejohanan remaja peringkat Asia tersebut dengan kutipan 3 emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Other posts by