Football

Pasukan bola sepak Albania dijulang sebagai hero walaupun tersingkir dari Euro

Pasukan bola sepak Albania tersingkir dari Kejohanan Eropah di peringkat kumpulan tetapi diraikan ketika pulang semalam bagaikan juara kejohanan.

Walaupun terkeluar awal, pasukan yang membuat debut di kejohanan tersebut diangkat sebagai wira selepas menjaringkal gol pertama dan kemenangan pertama dalam kejohanan utama ketika menentang Romania.

Ditempatkan di atas bas dua tingkat yang dicat warna merah dan hitam yang sinonim dengan Albania, pemain disambut dengan sorakan penyokong yang tidak peduli dengan cuaca panas ketika mereka melalui jalan yang telah dikosongkan untuk memudahkan perjalanan mereka.

Mungkin cuaca panas menyebabkan kehadiran penyokong yang menyambut mereka di Dataran Tirana kurang berbanding ketika mereka menewaskan Armenia untuk layak ke Euro 2016 tetapi sambutannya sama meriah.

Ketua pasukan Lorik Cana yang diberikan kunci kepada bandar sebagai tanda hormat dan seorang menteri kerajaan berjanji akan memberikan pasukan itu pasport diplomatic, memuji mereka sebagai duta terbaik untuk negara Balkan itu yang cuba untuk menyertai Kesatuan Eropah.

_90079007_albanianpmediramalcaptainlorikcanacandheadcoachgiannidebiasi_getty
Photo Credit: BBC sports
_90079000_albania_tickertapebus_ap
Photo Credit: BBC Sports

“Anda telah memberikan kami apa yang kami telah hilang selama satu dekad,” kata Skender Bellova, seorang pengulas radio bola sepak.

“Dalam 60 tahun saya membuat ulasan, tidak pernah saya rasa perasaan sebegini,” tambah Bellova, yang pastinya turut dipersetujui oleh seluruh rakyat Albania.

Pasukan yang dibentuk dari empat tahun lalu oleh jurulatih Itali Gianni De Biasi menampilkan kebanyakan pemain dari etnik Albania berasal dari Kosova dan Macedonia yang membesar di Eropah, menarik sokongan besar di Perancis.

“Saya rasa dunia bola sepak telah mengambil serius dengan kita. Jika keajaiban boleh dibina dari kekalahan, apa yang kita lakukan di Perancis akan menjadi permulaan untuk keajaiban,” tambah De Biasi.

“Saya akan terus kekal untuk berkerja bagi mendapatkan keajaiban itu,” jelas beliau selepas ditemui di pejabat Perdana Menteri Edi Rama.

Rama, yang telah memberikan bonus kepada pasukan sebanyak €1 juta (RM4.48 juta) dari kerajaan, berkata mereka telah bersaing sama hebat dengan pasukan terhebat Eropah.

“Nama anda akan diukir di pintu masuk Stadium Bola Sepak negara yang baru,” beritahu Rama kepada pasukan.

Other posts by