Football

Jersi putih Sepanyol bawa nasib malang?

Pasukan Sepanyol gagal mengekalkan kejuaraan Euro mereka apabila tewas 2-0 kepada Itali dalam perlawanan yang berlangsung sengit semalam.

Gol dari Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle menamatkan peluang La Furia Roja untuk melakukan hatrik Euro berturut-turut selepas memenanginya pada tahun 2012.

Ramai mengatakan kekalahan kepada Itali disebabkan kebijaksanaan taktikal Antonio Conte dan semangat juang pemain Azzurri, tetapi melihat tahukah anda, Sepanyol tidak begitu bernasib baik apabila memakai jersi putih mereka dalam kejohanan bola sepak utama? Mereka telah mengalami enam kekalahan dalam enam penampilan terakhir memakai jersi putih dalam kejohanan utama. Kebetulan? Mungkin ya mungkin tidak.

Photo Credit: Bleacher Report
Photo Credit: Bleacher Report

Mungkin FA Sepanyol perlu memberitahu pengeluar jersi mereka untuk tidak lagi mengeluarkan jersi berwarna putih. Mungkin juga Vicente Del Bosque patut membuat perkara yang sama seperti Sir Alex Ferguson yang mengarahkan pasukannya menukar jersi lain di rehat separuh masa kerana menganggap jersi itu membawa nasib malang kepada mereka.

Other posts by