Football

VIDEO: Sorakan ala Viking sambut kemenangan Iceland ke atas England

Pasukan Iceland terus membuat kejutan di Kejohanan Eropah 2016 selepas menundukkan England di peringkat kalah mati. Iceland sebelum ini dijangka akan tewas apabila bertemu Three Lions yang dibarisi pemain bintang seperti Wayne Rooney, Harry Kane, Daniel Sturridge dan ramai lagi bintang Liga Perdana Inggeris.

Selepas mencipta kejutan dengan menewakan England 2-1, barisan pemain Iceland menuju kea rah penyokong mereka dan mengetuai sorakan (chant) untuk meraikan kemenangan mereka. Mendengar sorakan mereka boleh membuatkan sesiapa meremang bulu roma. Ia bagaikan satu laungan perang (war cry) yang mampu menaikkan semangat pemain. Laungan ini turut kedengaran sepanjang perlawanan berlangsung.

https://www.youtube.com/watch?v=G5JGSFcA__Q

Laungan mereka ini turut mencuri perhatian pengguna media sosial. Ada yang mengatakan : “ Sorakan penyokong Iceland ini sangat menggerunkan, seperti segerombolan Viking”

Seorang lagi berkata: “ Jangan cabar Iceland, sorakan Viking mereka sangat menakutkan…”

Melihat kepada aksi mereka ini, dapat kita lihat penyokong dan pemain Iceland bagaikan bergabung menjadi satu. Sebelum ini, kita sering mendengar cerita menarik berkenaan penyokong Ireland di sebalik kekecohan oleh penyokong pasukan lain. Kali ini, giliran penyokong Iceland mencuri tumpuan. Mungkinkah laungan mereka ini akan terus bergema hingga ke pentas final? Sama sama kita nantikan.

 

Other posts by