Football

Piala FA England: Pertukaran pemain keempat akan dibenarkan di masa tambahan

Pasukan akan dibenarkan menggunakan pertukaran pemain keempat di masa tambahan dalam saingan peringkat akhir Piala FA.

Format berkenaan, yang masih menunggu kelulusan dari Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, telah diuji dalam saingan Copa America baru-baru ini.

Peraturan berkenaan akan diperkenal di Piala FA bermula peringkat suku akhir.

Ketua Eksekutif FA Martin Glenn berkata, perubahan itu akan menambahkan “aksi menarik” dan menambah bahawa “kebajikan pemain” turut diambil kira.

“Amat penting untuk FA terus melihat bagaiman untuk menambahkan drama dan aksi dalam kejohanan yang disaksikan oleh jutaan orang,” tambah beliau.

Keputusan FA untuk menamatkan perlawanan semula dari peringkat suku akhir juga merupakan salah satu sebab keputusan itu dibuat.

“Juga kerana piala berkenaan akan menggunakan format kalah mati yang lebih mudah di peringkat suku akhir dan seterushnya, pengenalan pertukaran pemain keempat di masa tambahan akan menjadikan ia lebih menarik,” kata Glenn.

“Juga dari sudut teknikal, ianya akan lebih menarik untuk menyaksikan bagaimana pengurus menggunakan pertukaran pemain tambahan ini dalam perlawanan peringkat tertinggi dan impaknya pada keputusan akhir perlawanan.”

Saingan Piala FA England akan bermula pada 5 Ogos dengan 184 perlawanan awal akan bermula.

Other posts by