Football

Bintang NBA Dirk Nowitzki tiru aksi Simone Zaza

Suatu masa dahulu semua orang mahu tiru cara sepakan penalti Antonin Panenka, tetapi kini nampaknya semua orang mahu meniru cara sepakan penalti Simone Zaza.

Pemain Itali itu menjadi sebutan ramai ketika aksi beliau mengambil sepakan penalti dalam perlawanan suku akhir Euro 2016 menentang Jerman. Sepakan beliau yang seakan-akan meniru aksi ‘running man’ itu menjadi bahan jenaka apabila sepakan beliau gagal disempurnakan.

Paling terbaru, bintang NBA, Dirk Nowitzki yang bermain dalam satu perlawanan amal meniru aksi Zaza.

https://www.youtube.com/watch?v=CLJQHphntuw

Bintang Dallas Mavericks dari Jerman itu menyertai perlawanan amal “Champions for Charity” dan pasukannya mendapat sepakan penalti pada minit ke 69 dan beliau cuba meniru sepakan Zaza.

Bercakap mengenai sepakan penalti itu, Nowitzki berkata:” Saya mahu menyepaknya (penalti tersebut) dengan cara Itali dan keputusannya sama juga.”

Perlawanan amal berkenaan diadakan sempena legenda pelumba F1 Jerman, Michael Schumacher yang sering terlibat dan mengetuai salah satu pasukan dalam perlawanan sebelum ini sebelum hampir kehilangan nyawanya dalam satu kemalangan ketika meluncur salji tiga tahun lalu.

Anak lelaki Schumacher, Mick, yang kini juga seorang pelumba turut bermain dalam perlawanan tersebut.

Other posts by