Badminton

Chong Wei mula rasai tekanan untuk dapatkan emas di Rio

Bintang badminton negara Lee Chong Wei berkata dia mulai merasa tekanan untuk merangkul pingat emas dalam penampilan Olimpik terakhirnya.

Chong Wei tewas dalam dua perlawanan akhir Olimpik kepada pesaing terdekatnya, Lin Dan dari China. Di usia 33 tahun, dia tahu Rio akan menjadi peluang terakhirnya untuk mendapat emas dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

“Saya merasa lebih tekanan di bahu saya kerana tiada lagi peluang untuk saya empat tahun lagi, oleh itu, ini peluang terakhir saya,” jelas Lee di Rio.

Chong Wei dijangka akan bertemu Lin Dan di separuh akhir di Rio, dan mungkin bertemu seorang lagi wakil China, Chen Long dalam misi terakhirnya untuk merebut pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia.

Pemain badminton negara itu sudah berada di Rio untuk menyesuaikan diri menjelang acara badminton yang akan bermula pada 11 Ogos nanti.

Other posts by