Badminton

“You ingat kita cinta ke? “ komen Chong Wei berkenaan surat Lin Dan

Bintang badminton negara menafikan dakwaan bahawa Lin Dan ada menulis surat kepadanya selepas kedua-dua pemain itu bertemu di perlawanan separuh akhir acara badminton Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Chong Wei yang merangkul pingat perak di temasya sukan tersebut berkata,” Saya tak tulis, dia tak tulis. Itu ditulis sendiri oleh wartawan China. Anda ingat kami bercinta ke tulis surat begini?”

https://www.youtube.com/watch?v=r__rqO8ACdw

Sebelum ini kecoh di laman sosial apabila tersebar luas kononnya Lin Dan menghantar surat kepada Datuk Lee Chong Wei mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya untuk perlawanan akhir beliau. Ditambah pula dengan ramai yang tahu mengenai keakraban dua pemain terbaik dunia itu.

Selain kisah ‘surat’ Lee Chong Wei ini, turut tersebar berita kononnya Joseph Schooling bakal menjadi atlet termahal ditaja oleh Nike. Berita tersebut turut disahkan palsu.

Other posts by