Football

Saya tidak akan lindungi sesiapa, kata Khairy

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menekankan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang membocorkan maklumat atau terlibat dengan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Khairy berkata, ketika ini dia tidak membuat sebarang kenyataan berhubung pendrive yang diterima olehnya dari Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada hari Jumaat.

“Saya tidak akan melindungi sesiapa pun, saya juga tidak akan membiarkan ia berlalu sahaja tetapi saya akan telus berdasarkan laporan…tidak lama lagi.

“Saya belum baca isi pendrive itu sepenuhnya. Saya akan maklumkan pihak media tindakan saya selanjutnya, selepas saya sudah kaji kandungannya,” kata beliau kepada wartawan selepas pertemuan dengan atlet Paralimpik negara semalam.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), telah menyerahkan pendrive yang berisi maklumat berkenaan ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail membuat keputusan untuk menyerahkan pendrive itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Other posts by