Squash

Panel kaca pecah ketika perlawanan di Pusat Skuasy Negara

Pemain di Kejohanan Skuasy Remaja Asia menerima kejutan besar apabila panel kaca di salah satu gelanggang pecah ketika perlawanan berlangsung di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil.

Panel kaca di sebelah kanan Gelanggang 4 pecah ketika perlawanan Bawah-19 tahun di antara pemain Singapura Chua Man Chin dan pemain Iran Mojtaba Kafili Vijouyeh pada hari Selasa.

Pemain Singapura itu baru sahaja menang set kedua dan cuba membuka pintu gelanggang untuk berjalan keluar ketika kejadian tersebut berlaku.

Kedua-dua pemain tidak mengalami kecederaan dan Man Ching berjaya menewaskan pemain pilihan ke-16 Mojtaba 11-7, 11-2, 7-11, 9-11, 11-8 di gelanggang yang lain, untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Ini kali kedua dalam seminggu di mana panel kaca gelanggang pecah.

Jumaat lalu, panel kaca sebelah kanan Gelanggang 5 pecah ketika sesi latihan kebangsaan.

“Kami tidak tahu jika ada keretakan pada panel kaca…tetapi kami tahu ianya bukan terjadi disebabkan perbuatan fizikal kerana panel kaca ini tahan lasak,” kata Pengarah Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (Bersara) S. Maniam.

“Mungkin engsel pintu itu mengembang kerana suhu tinggi di kompleks stadium.

“Kami telah mengambil gambar kerosakan dan menghantar kepada pengeluar- ASB. Kami harap akan mendengar daripada mereka secepat mungkin.

“Untuk sekarang kami menyediakan gelanggang tambahan. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga kami harap pemain dan jurulatih tidak akan menghentam pintu, terutamanya selepas tewas.”

Naib Presiden SRAM Nik Razeen Nik Daud telah menggesa Perbadanan Stadium Malaysia, pemilik komplesk skuasy dan semua gelangganya melihat perkara ini.

“Perbadanan stadium memiliki kemudahan ini dan bertanggungjawab untuk membaikpulih. Saya harap mereka akan mengambil perhatian terhadap kejadian ini, kerana ia berlaku dua kali dalam masa seminggu, dan akan mengganggu kejohanan dan program latihan kami,” kata Nik Razeen.

Other posts by