Badminton

Khairy mahu Chong Wei sertai Kejohanan Dunia berbanding Sukan SEA

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak kisah jika Datuk Lee Chong Wei tidak menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur tahun hadapan.

Khairy berkata dia telah memberitahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa keutamaan perlu diberi kepada Kejohanan Dunia untuk pemain negara yang berada dalam ranking tertinggi dunia.

Terdapat pertembungan tarikh buat dua kejohanan itu, apabila Sukan SEA akan berlangsung pada 19-30 Ogos dan Kejohanan Dunia di Glasgow pada 21-127 Ogos.

“Chong Wei mungkin tidak menyertai Sukan SEA, saya telah bagitau pemain nombor satu dunia itu bahawa Kejohanan Dunia lebih baik untuk dia,” katanya kepada wartawan pada hari Selasa.

Chong Wei masih mengejar kejuaraan Dunia pertamanya selepas muncul naib juara sebanyak tiga kali: di Jakarta pada tahun 2015, Guangzhou 2013, dan London 2011.

Chong Wei turut bergelar naib juara pada edisi 2014 di Copenhagen, tetapi ditarik balik selepas digantung. Dia kemudiannya dikenakan penggantungan selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia.

Dia telah memenangi pingat gangsa di Anaheim, Amerika Syarikat pada tahun 2005.

Sukan SEA menawarkan tujuh pingat emas – dua bagi acara berpasukan dan lima untuk acara individu.

Malaysia merupakan juara bertahan dalam acara perseorangan lelaki dan bergu wanita.

Ketiadaan Chong Wei dalam Sukan SEA di Singapura yang lalu tidak memberi sebarang kesan kepada peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki. Chong Wei Feng merangkul pingat emas dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei merangkul pingat emas acara bergu wanita.

Other posts by