Football

Pahang nafi mahu tandatangani bekas pemain Liverpool

Pahang telah menolak sebarang kemungkinan untuk menandatangani bekas pemain Liverpool Mohamed Sissoko, dan fokus untuk perlawanan menentang T-Team pada hari Sabtu ini.

Sissoko, bekas pemain Juventus dan Paris Saint-Germain selepas beraksi selama tiga tahun di Anfield, dikaitkan dengan skuad Tok Gajah, yang berjaya mengelak penyingkiran apabila dihadiahkan tiga mata selepas Kedah didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung dalam perlawanan di antara kedua pasukan ini.

Namun, Pahang yang bergelut di Liga Super musim ini selepas kehilangan beberapa tonggak utama, tidak mahu berfikir mengenai pemain baru selagi musim belum berakhir.

“Ini kali pertama saya mendengar mengenai pemain ini. Kami tidak melihat pasaran untuk mana-mana pemain buat ketika ini, fokus kami adalah untuk menang perlawanan terakhir menentang T-Team pada hari Sabtu,” kata setiausaha agung Pahang Fuzeimi Ibrahim kepada ESPN FC.

“Belanjawan kami tahun depan bergantung kepada status liga kami, oleh itu tiada guna kami mencari pemain baru sekarang. Bila liga telah tamat, baru pihak pengurusan akan menilai pemain untuk tahun hadapan.”

Walaupun menepis khabar mengenai pemain Mali yang kini bermain di India bersama Pune FC, Pahang turut dikaitkan dengan bekas jurulatih mereka, Dollah Salleh yang kini bersama pasukan Liga Premier Perlis.

Beberapa bekas pemain turut dikatakan berminat untuk pulang semula ke Kuantan untuk musim 2017.

Other posts by