Dodgeball

Malaysia muncul juara dunia dodgeball!

Malaysia akhirnya bergelar juara dunia. Namun, bukan dalam bolasepak atau badminton, tetapi sukan dodgeball.

Pasukan wanita Malaysia menewaskan Kanada dalam perlawanan akhir untuk bergelar juara di Kejohanan Dodgeball Dunia 2016 di Australia kelmarin.

“Pasukan wanita kita berjaya!!! Pingat EMAS pertama untuk Malaysia. Menentang Kanada 6-5. Kami sangat berbangga dengan anda. Malaysia boleh!” umum Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) di Facebook rasmi mereka.

Pasukan lelaki Malaysia juga menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul pingat gangsa dengan juga menewaskan Kanada.

“Terima kasih Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Terima kasih kepada semua pemain yang bersungguh-sungguh. Terima kasih Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) kerana membawa Malaysia ke kedudukan sekarang. Terima kasih Persekutuan Dodgeball Australia kerana menganjurkan kejohanan yang sengit ini.

“Satu emas dan satu perak…tahun depan kami akan bawa pulang dua emas. Sekali lagi kami melakukan yang terbaik dan kami harap kami berjaya mengharumkan nama Malaysia,” kata MAD.

Selain Malaysia dan Kanada, turut serta dalam kejohanan tersebut adalah Hong Kong, Melbourne, Mexico, New Zealand, Kepulauan Pasifik, Singapura dan Amerika Syarikat.

Other posts by