Formula1

Malaysia perlu henti anjurkan F1 – KJ

Malaysia perlu berhenti anjurkan perlumbaan F1.

Itu dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twitter beliau semalam.

Khairy menyatakan antara sebab Malaysia perlu menghentikan penganjuran sukan berkenaan adalah kerana ia menelan belanja yang besar dan tidak memberikan pulangan lumayan kepada negara.

Khairy mengutarakan pendapatnya di Twitter beberapa jam selepas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyatakan bahawa masa depan penganjuran F1 di Malaysia akan ditentukan pada Khamis ini.

“Saya rasa kita perlu berhenti anjurkan F1. Sekurang-kurangnya buat sementara waktu, Kos tinggi, pulangan terhad,” tulis Khairy di twitter beliau.

Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin
Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin
Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin
Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin
Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin
Photo credit: Twitter Khairy Jamaluddin

New Straits Times Online memetik Razlan berkata bahawa walaupun SIC mempunyai ‘perjanjian rapat’ dengan pemegang lesen sehingga 2018, satu mesyuarat khas akan diadakn dengan pemegang saham terbesar SIC, Kementerian Kewangan berkenaan isu masa depan SIC.

Beliau melaporkan bahawa jualan tiket F1 telah jatuh sejak 2014, dan jualan tiket baru baru ini hanya mencecah 55 hingga 60 peratus.

Ini dibandingkan dengan penganjuran Moto GP yang tiket habis terjual dengan konsisten.

Razlan menambah bahawa laporan awal menyatakan siaran perlumbaan F1 menunjukkan jumlah penonton di kaca TV yang rendah di Malaysia.

“Mungkin ianya bagus untuk Malaysia berhenti seketika.

”Saya rasa produk ini (F1) sudah tidak menarik. Ianya dikuasai satu pasukan sahaja,” Razlan dipetik berkata.

Other posts by