Football

JDT nafi berminat dengan Rizal Ghazali

Juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan mereka berminat dengan pemain pertahanan Kedah yang baru menjulang Piala Malaysia, Mohd Rizal Ghazali.

Kelab berkenaan menyatakan perkara tersebut melalui satu kenyataan Ketua Jurulatih mereka Mario Gomez, yang disampaikan menerusi laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Screen Shot 2016-11-04 at 11.42.15 AM

Memetik kenyataan tersebut, Mario Gomez berkata: “”Baru-baru ini telah tersebar khabar angin mengenai JDT berminat dengan pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali. Beliau seorang pemain yang bagus tetapi tiada dalam perancangan JDT.

Turut diberi bayangan bahawa JDT akan menggunakan pemain pertahanan sedia ada bagi menghadapi musim hadapan. Mario Gomez menyatakan bahawa: “Kami masih kekal dengan barisan pertahanan yang sedia ada dimana saya rasa ini adalah barisan terbaik yang pernah saya miliki selama ini.”

Rizal Ghazali yang bermain sebagai bek kanan kini dikatakan sebagai pemain pertahanan terbaik negara selepas menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia Ahad lalu menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.

Pemain muda berkenaan menjaringkan satu gol dan menyempurnakan sepakan penalti beliau untuk mengecewakan harapan Selangor untuk menjulang Piala Malaysia ke-34 mereka.

Other posts by