Formula1

Kalendar Formula 1 2017: GP Jerman digugurkan dan GP Brazil dalam keraguan

Jerman telah digugurkan dari kalendar Formula 1 tahun depan dengan GP Brazil turut tidak diketahui nasibnya.

Kalendar tahun hadapan mengandungi 20 perlumbaan dengan Brazil disenaraikan sebagai simpanan.

Pengurus komersial F1 Bernie Ecclestone memberitahu badan pentadbir FIA bahawa dia masih berbincang dengan presiden Brazil dan tidak dapat mengesahkan kedudukan perlumbaan di dalam jadual sehingga Januari.

Perlumbaan GP Kanada di Montreal yang juga sebelum ini diragui, kini telah disahkan.

Jerman tidak dapat menyelesaikan perjanjian supaya perlumbaan diadakan di Hockenheim. Menurut perjanjian pertukaran setiap dua tahun, kini giliran Nurburgring namun litar tersebut mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat menganjurkan perlumbaan F1.

Musim akan bermula pada 26 Mac di Australia dan berakhir di Abu Dhabi pada 26 November. Perlumbaan GP British akan berlangsung pada 16 Julai.

Perlumbaan di Baku, Azerbaijan telah diawalkan ke 25 Jun bagi mengelakkan pertembungan dengan perlumbaan 24 Jam Le Mans.

Dalam mesyuarat itu, FIA telah mengenalpasti 11 selekoh dari litar di seluruh dunia yang perlu diubah bagi memastikan tiada kontroversi mengenai pelumba mendapat kelebihan apabila terkeluar dari litar.

Ini merupakan isu besar dalam perlumbaan GP Mexico bulan lalu apabila terdapat perdebatan mengenai insiden melibatkan pelumba Mercedes Lewis Hamilton dan pelumba Red Bull Max Verstappen.

Kalendar Penuh Perlumbaan F1 2017

26 Mac Australia (Melbourne)

9 April China (Shanghai)

16 April Bahrain (Sakhir)

30 April Russia (Sochi)

14 Mei Spain (Barcelona)

28 Mei Monaco

11 Jun Canada (Montreal)

25 Jun Azerbaijan (Baku)

9 Julai Austria (Spielberg)

16 Julai Britain (Silverstone)

30 Julai Hungary (Budapest)

27 Ogos Belgium (Spa-Francorchamps)

3 September Italy (Monza)

17 September Singapore (Marina Bay)

1 Oktober Malaysia (Sepang)

8 Oktober Japan (Suzuka)

22 October USA (Austin)

29 Oktober Mexico (Mexico City)

12 November Brazil (Sao Paulo)*

26 November Abu Dhabi

* = Akan disahkan

Other posts by