Football

Fitri Omar, Akram Mahinan sertai Kedah FA

Kedah FA hari ini mengumumkan penyertaan bekas pemain Kelantan dan Pulau Pinang, Mohd Fitri Omar ke skuad hijau kuning dengan kontrak setahun.

Skuad juara Piala Malaysia 2016 itu mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka pada petang Khamis.

Menurut laman Facebook berkenaan: “Mohd Fitri merupakan pemain pertahanan berkaki kidal dan aksi lasak dan kental salah satu aset penting dalam setiap kali beliau beraksi. Beliau bakal mengisi slot pertahanan kiri Kedah.”

Fitri Omar yang berusia 31 tahun sebelum ini pernah menabur bakti bersama Johor, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang. Dia juga merupakan antara pemain Kelantan yang membintangi filem Jejak Warriors pada tahun 2015.

Selain Fitri, Kedah FA turut mengumumkan penyertaan Muhammad Akram Mahinan yang berpindah ke skuad mereka dari Johor Darul Takzim (JDT). Pemain yang berasal dari Kulim Kedah itu sebelum ini pernah beraksi bersama Harimau Muda B dan JDT II.

Other posts by