Lee Chong Wei, Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal di kedudukan No.1 dunia

0
Photo credit: Youtube

Bintang Badminton Negara Dato’ Lee Chong Wei dan bergu No.1 negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal berada di kedudukan No.1 dalam ranking dunia BWF yang baru dikeluarkan.

Dato’ Lee Chong Wei mengumpul 79563 mata mengatasi pemain China, Chen Long yang mengumpul 76144 mata dan Jan O Jorgensen dari Denmark dengan 75042 mata.

Seorang lagi pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain berada di kedudukan ke-23 dengan 31871 mata sementara Zulfadli Zulkifli berada di kedudukan No.32 dan Chong Wei Feng di kedudukan ke-46 dunia.

Bergu No.1 negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut kekal memegang ranking bergu No.1 dunia dengan 71297 mata menewaskan bergu Denmark Mathias Boe- Carsten Mogensen (70834 mata) dan bergu China Chai Biao-Hong Wei (68570). Satu lagi bergu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada di kedudukan ke-14 dengan 48253 mata.

Pemenang pingat perak acara bergu campuran Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus berada di kedudukan 10 dunia apabila berada di ranking ke-5 dengan mengumpul 67060 mata sementara satu lagi bergu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing berada di kedudukan ke-9 denhan 51670 mata.

Bagi acara bergu wanita pula, bergu negara Vivian Hoo – Woon Khe Wei berada di tangga ke-12 dunia dengan 50577 mata.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berada di kedudukan ke-32 dunia dan Tee Jing Yi pula berada di kedudukan ke-35 dunia.