Badminton

Bekas jurulatih badminton Malaysia kini ketua jurulatih badminton Thailand

Bekas pemenang pingat emas Olimpik, Rexy Mainaky kini dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan badminton Thailand selepas kontraknya bersama pasukan badminton Indonesia tamat bulan lalu.

Jawatan ketua Jurulatih Indonesia kini dipegang oleh pemenang pingat emas badminton wanita Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Susi Susanti.

Memetik laporan The Star, Rexy berkata: “Saya akan mula berkerja di Thailand pada 5 Januari. Saya telah menandatangani kontrak selama tiga tahun.”

Rexy sebelum ini merupakan jurulatih pasukan bergu Malaysia selama tujuh tahun sebelum meninggalkan pasukan pada tahun 2012. Rexy kemudiannya berkerja di Filipina sebelum pulang ke Indonesia sebagai Pengarah Prestasi.

“Saya mendapat banyak tawaran selepas kontrak saya bersama Indonesia tamat bulan lalu.

“Namun saya memilih Thailand kerana sukakan cabarannya,” kata Rexy lagi kepada The Star.

Rexy merupakan pemenang pingat emas acara bergu di Sukan Olimpik 1996, Atlanta bersama Ricky Subagja.

Selepas menamatkan kerjayanya sebagai pemain, Rexy Mainaky menjadi jurulatih bagi pasukan Badminton England dan membantu mereka meraih pingat perak Sukan Olimpik Athens 2004 menerusi bergu campuran Nathan Roberston-Gail Emms.

Rexy turut berjasa menaikkan nama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sebagai salah satu bergu terkuat di dunia semasa bertugas bersama pasukan badminton Malaysia.

Other posts by