Football

Felda United dapatkan bekas pemain kendalian Gabriel Heinze

Felda United dilaporkan berjaya mendapatkan pemain Argentina, Lucas Cano dan Gaston Cellerino bagi mengisi kuota import bagi saingan Liga Malaysia tahun depan.

Felda yang akan bermain dalam saingan Piala AFC musim ini, mendapatkan Lucas Cano yang pernah bermain dengan Argentinos Juniors yang dikendalikan bekas pemain pertahanan Manchester United, Gabriel Heinze.

Sementara Gaston Cellerino yang merupakan pemain di bahagian serangan pernah bermain dengan pasukan seperti Livorno, Celta Vigo dan kelab lama Pele dan Giogio Chinaglia, New York Cosmos.

Selain dua pemain asing ini, Felda United sebelum ini berjaya mendapatkan pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Wan Zack Haikal (Kelantan).

Felda United sebelum ini hanya mengekalkan seorang pemain import mereka bagi musim depan iaitu pemain tengah Liberia Zah Rahan Krangar, dan melepaskan tiga pemain import lain iaitu Lutfulla Turaev, Gilberto Alemao dan Forkey Doe yang telah menyertai pasukan Selangor.

Other posts by