Football

Ilso sasarkan 20 gol untuk Kedah musim ini

Pemain import baru Kedah, Ken Ilso sasarkan untuk menjaringkan 20 gol, memenangi trofi dan meletakkan Kedah di tangga dua pasukan terbaik Liga Super bagi musim ini.

Pemain berasal dari Denmark itu yang menyertai Kedah dari pasukan Liga Singapura, Home United bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang New Zealand, Shane Smeltz yang telah memberikan impak besar kepada pasukan hijau kuning.

Bercakap kepada ESPNFC, Ilso menyatakan kekagumannya kepada pasukan Kedah: “ Kedah pasukan yang bagus dalam menguasai bola, dan mempunyai penyokong yang ramai. Itu, dan minat yang ditunjukkan kepada saya sejak Julai lalu membuatkan saya tertarik untuk bermain di Liga Malaysia.”

Ilso sebelum ini pernah beraksi untuk Heerenveen di Eredevesie Belanda dan Bundesliga di Jerman bersama Fortuna Dusseldorf.

Kedah sebelum ini turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharuddin dan bekas pemain Suwon FC, Kim Seong Hyun.

Other posts by