Football

Jamal Yunos akan tawar diri jadi Presiden FAS hari ini

Jamal Md Yunos dikhabarkan akan ke pejabat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi menawarkan diri menjadi Presiden hari ini.

Jamal yang terkenal sebagai pemimpin gerakan baju merah sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia akan menawarkan diri sebagai presiden dan akan menghantar surat secara rasmi dalam minggu ini.

Jamal sebelum ini bercakap kepada akhbar Sinar Harian mengenai rancangannya itu: “Perkara (perjumpaan) ini akan dimaklumkan setelah saya berbincang dengan rakan-rakan saya yang lain.

“Jika diberi mandat, dalam tempoh 14 hari saya dilantik, segala hutang-hutang akan diselesaikan dan kita akan susun langkah kedua iaitu pelan kewangan FAS untuk jangka masa pendek dan panjang.”

Jamal turut berazam untuk membangunkan Selangor untuk menyamai pencapaian Johor Darul Ta’azim seperti yang diungkapkannya kepada akhbar Sinar Harian lagi.

“Saya bukan nak menyamakan Selangor dengan JDT, tetapi kita mestilah melihat ke arah itu. Kalau Johor boleh membangunkan sukan bola sepak ini sehingga menarik perhatian seluruh rakyat dan anak-anak muda di Johor, apa kurangnya Selangor yang mempunyai tradisi sejarahnya yang tersendiri.”

Other posts by