Badminton

BAM meterai kontrak lima tahun bersama Astro

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memeterai perjanjian lima tahun bernilai RM66 juta bersama Astro Arena menjadikan mereka rakan penyiar eksklusif mereka.

Menurut laporan akhbar The Star perjanjian tersebut yang turut melibatkan pelaburan wang, insentif atlet serta kos penyiaran, penerbitan dan pengiklanan akan menyaksikan dua pihak berkenaan berkerjasama untuk memberikan liputan meluas sukan badminton Malaysia.

Astro Arena merupakan penaja utama ketiga BAM selepas Celcom Axiata Berhad dan Victor.

Pada tahun lalu, BAM memeterai perjanjian tiga tahun bernilai RM24 juta bersama Celcom Axiata sementara Victor menjadi penaja rasmi peralatan skuad kebangsaan dengan kontrak enam tahun bernilai RM60 juta.

Other posts by