Football

Kedah beri tentangan sengit kepada Hebei CF FC

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah berjaya memberikan tentangan sengit kepada kelab Liga Super China, Hebei CF FC walaupun tunduk 4-2 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam petang semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=za9LEbhr5tk

Hebei CF FC membuka jaringan pada minit ke 29 menerusi satu sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar. Gawang Kedah bolos sekali lagi pada minit ke-45 menerusi tandukan pemain Hebei hasil sepakan penjuru.

Kedah berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-57 apabila sepakan penalti Liridon Krasniqi gagal diselamatkan oleh penjaga gol Hebei CF FC, Yang Cheng.

Namun, Hebei kembali menjarakkan kedudukan apabila kealpaan pertahanan Kedah dihukum dua minit kemudian oleh pemain sayap Zhu Haiwei menjadikan kedudukan 3-1.

Hebei menambah duka Kedah pada minit ke-68 apabila Zhu Haiwei pantas menyambar bola yang ditepis penjaga gol Kedah selepas penyerang Hebei, Zhang Lifeng membuat percubaan dari jarak dekat.

Kedah berjaya menjaringkan gol kedua apabila Syazwan Hazani membuat rembatan leret ke sebelah kanan gawang gol Hebei pada minit ke-80 selepas menerima hantaran dari Syazwan Zainon.

Kedah yang menang ke atas Johor Darul Ta’azim menerusi sepakan penalti dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat lalu akan menerima kunjungan Sarawak di Stadium Alor Setar pada hari Jumaat ini bagi saingan Liga Super.

Other posts by