Football

Faiz Subri dapat pengikitirafan Sultan Kedah

Walaupun bermain untuk Pulau Pinang, namun Faiz Subri juga mendapat pengiktirafan dari Kedah juga.

Hari ini, pemenang Anugerah Puskas 2016 itu menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pemain yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu meneriman pingat di majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Siapa lagi yang terima pingat?

Seramai 164 penerima menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Selain Faiz, turut menerima pingat A.S.K adalah pegawai dan pemain Kedah yang merangkul trofi Piala Malaysia pada tahun lalu. Antaranya adalah seperti Mohd Syazwan Zainon, Mohd Rizal Ghazali dan Ahmad Fakri Saarani.

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Abdul Hadi Abdul Hamid pula menerima Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) sementara pemain import Kedah, Sandro Da Silva menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah Kehormat.

Apa kata Faiz?

Pemain tengah Pulau Pinang itu menyatakan bahawa penganugerahan itu memberikan motivasi kepadanya untuk terus membantu untuk mengharumkan nama Malaysia.

Faiz yang bercakap kepada Bernama menyatakan: “Saya berterima kasih ke atas Tuanku Sultan Kedah atas pingat ini dan berjanji akan terus beri fokus dalam bolasepak dan berusaha memajukan diri untuk pasukan dan negara.”

Faiz Subri mencipta sejarah apabila menjadi pemain Asia pertama memenangi Anugerah Gol Tercantik Puskas di malam anugerah FIFA yang berlangsung pada 9 Januari lepas. Jaringan Faiz Subri dalam perlawanan menentang Pahang dalam aksi Liga Super musim lalu menarik perhatian bintang bolasepak dunia seperti Roberto Carlos dan Marcel Desailly.

Faiz Subri pastinya perlu terus mencipta kejayaan terutamanya untuk Pulau Pinang musim ini. Pasukan dari utara tanah air itu memulakan kempen Liga Super dengan teruk di mana mereka masih gagal mencari kemenangan selepas enam perlawanan dengan hanya menjaringkan dua gol dan bolos 14 gol. Penyokong Pulau Pinang pastinya mahu Faiz meneruskan rentak cemerlang untuk terus membantu Pulau Pinang mengelak dari tersingkir.

Other posts by