Featured, Football

Dez Corkhill: Mengapa Malaysia sentiasa gagal di peringkat antarabangsa?

Original ArticleDez Corkhill: Why Malaysia continuously fails on the international stage

Ini bukanlah soal padang, kelayakan jurulatih, mahupun prasarana. Ini adalah soal masalah terbesar yang dihadapi Asia Tenggara. Bilangan kelab-kelab dan liga-liga untuk semua kategori umur boleh dikatakan tidak mencukupi untuk dijadikan medan buat para jurulatih dan pemerhati bola sepak untuk mencari pemain yang berbakat supaya boleh diserapkan ke saingan yang kompetitif. Terdapat juga kekurangan dari segi liga-liga untuk pemain yang mahu mencari sendiri tahap permainan yang sesuai dengan mereka.

Photo Credit: FAM
Photo Credit: FAM

Ambil contoh pasukan Jepun yang menjuarai Kejohanan AFC Bawah-22. Setiap pemain dalam pasukan tersebut telah pun menjadi pemain utama dalam saingan liga Jepun- baik Liga J1 atau Liga J2. Kalau bukan dari dua liga tersebut, maka mereka sudah berjaya mewakili pasukan di Eropah.  Pasukan bawah 22 tahun ini boleh dianggap sebagai pasukan kategori umur yang terbaik dalam pasukan kebangsaan Jepun setakat ini.

Cuba bandingkan dengan pasukan Malaysia. Dalam 23 pemain, hanya empat pemain sahaja yang diberikan pendedahan dalam liga kompetitif. Nazmi Faiz Mansor dari Selangor,  Shahrul Saad dari Felda United tetapi jarang bermain dalam kesebelasan utama serta Farhan Roslan dan Raphy Mariappen masing-masing dari Kedah. Nazmi dan Farhan boleh dianggap “berpotensi” . Pihak lawan mereka berdua adalah Ken Matsubara, pemain utama dalam pasukan Albirex Niigata dan Wataru Endo yang selalu diturunkan oleh pasukannya Shonan Bellmare. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

Photo Credit: Asiana.my
Photo Credit: Asiana.my

Mari kita bandingkan lagi. Harimau Muda bersaing dalam Liga Singapura di mana mereka turut bersaing dengan kelab satelit Albirex Niigata. Albirex di Singapura adalah pasukan yang dibentuk untuk para pemain yang tidak dapat bermain untuk pasukan utama mahupun simpanan. Jika dibandingkan rekod perlawanan antara Albirex dengan Harimau Muda, Albirex telah memenangi kesemua perlawanan yang diadakan.

Jurulatih-jurulatih Harimau Muda biasanya akan melatih pemain-pemain yang dipilih dari Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk dibentuk sebagai satu pasukan sewaktu mereka masih lagi awal remaja, namun apabila pasukan yang sama gagal menjadi pasukan yang merangkul kejuaraan, mereka disambut dengan kritikan dan ejekan.

Jika dilihat struktur bola sepak Jepun, terdapat 52 kelab profesional dalam tiga buah liga kebangsaan Jepun- J1, J2 dan yang terbaru J3. Di bawah ketiga-tiga liga tersebut, terdapat sebuah liga bola sepak amatur yang rasmi dan mempunyai 14 buah pasukan. Malah liga ini boleh dikatakan sangat profesional. Kebanyakan pasukan mempunyai sebuah pasukan remaja dan tempat latihan sendiri.

15948463-1024x683Terdapat juga 9 liga negeri dengan beberapa liga mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga divisyen. Ini menjadikan jumlah keseluruhan  adalah 146 kelab bola sepak bebas di Jepun. Ini menerangkan sebab mengapa bakat-bakat baru yang bagus sentiasa berjaya diketengahkan di bawah struktur bola sepak Jepun.

Di bawah setiap liga negeri pula terdapat 46 buah liga daerah atau liga bandar-bandar besar, di mana mereka turut mempunyai sebuah kelab yang terdapat kemudahan sendiri dan juga padang sendiri biarpun berkongsi dengan pasukan lain untuk saingan liga dan piala. Terdapat beratus-ratus pasukan di bawah 46 liga daerah dan ini bukannya sebuah liga sosial. Ianya sebuah liga yang teratur dan berdaftar secara rasmi. Tidak ketinggalan juga liga-liga sosial.

Secara keseluruhan, pasukan Jepun bawah 22 terbentuk di bawah satu struktur yang cukup dalam dan teratur. Di usia 22 tahun, pemain-pemain ini sudah berjaya menjadi pemain yang profesional. Kepada yang tidak cukup bagus, mereka boleh mencuba liga yang sesuai dengan tahap masing-masing dan selamat bermain bola.

Photo Credit: Asiana.my
Photo Credit: Asiana.my

United Kingdom juga mempunyai beratus-ratus liga. Dalam 83 negeri di England, terdapat sekurang-kurangnya sebuah liga yang mempunyai 10 tahap yang berbeza. Setiap liga juga mempunyai divisyen yang berbeza. Untuk naik ke divisyen yang lebih tinggi, setiap kelab harus memenuhi kriteria asas termasuk tahap stadium.

Saya mengambil kesempatan menonton Northern Premier League Divisyen Satu tahap ketujuh di antara Prescot Cables-pasukan paling hampir dengan tempat saya dibesarkan, menentang pasukan Spennymoor United. Di Prescot Street Ground, terdapat sebuah stadium tertutup, di mana kebanyakan penontonnya telah menaja pasukan tersebut.

Prescot mempunyai pasukan simpanan dan remaja, di mana tujuh pemain dalam kesebelasan utama berasal daripada pasukan remaja. Jika terdapat pemain remaja yang cukup bagus, mereka akan diberikan peluang. Jika yang betul-betul bagus, mereka mungkin boleh menarik perhatian pasukan Marine (tahap 7), Runcorn ( tahap 5), Southport (tahap 4) dan mungkin juga Tranmere (League 2). Yang kurang bagus mungkin boleh cuba Liga Senior Liverpool yang berada di tahap 10. Dalam tahap tersebut, padang dijaga dan mempunyai ‘rumah’ sendiri.

prescotcables-aa07961bDi Malaysia, liga-liga dan tahap bola sepak sendiri tidak mencukupi dan tiada perlaksanaan yang serius untuk menjadikan pasukan bola sepak sebagai sebab berkumpul dan menyokong pasukan tempatan sendiri. Liga Negeri Malaysia masih lagi menjadi misteri buat saya. Apabila saya pindah ke Kuala Lumpur untuk mencari pasukan untuk berlatih, terlalu sedikit maklumat yang diperolehi. Terdapat pelbagai liga sosial- sampaikan ada yang bermain dalam liga lewat malam seperti yang terdapat di KLFA, tetapi liga yang rasmi adalah sangat sedikit dan kurang diketahui orang ramai.

Cuba bandingkan sekali lagi Jepun dan UK, malah kawan lama kita Wikipedia, anda boleh mendapatkan maklumat sehingga ke liga-liga bawah. Ianya akan jadi cukup hebat jika terdapat maklumat yang sedia ada mengenai liga-liga bawah di Malaysia. Saya mahu anda mencuba.

Kepada pemain muda yang mewakili Malaysia bawah 22, harapan saya adalah sangat tinggi memandangkan mereka sepatutnya kumpulan pemain yang terbaik setakat ini, namun kekurangan keluasan liga dan infrastruktur bermakna kita tidak akan tahu berapa ramai pemain yang kita sudah terlepas pandang. Pasukan MyTeam sudah membuktikannya.

Photo Credit: Johor Southern Tigers
Photo Credit: Johor Southern Tigers

Saya mendapati strukur liga yang dibentuk di Johor adalah dibawah kendalian Shebby Singh. Mereka sudah melakukan pelbagai inisiatif seperti 1MCC dan Liga Subang Junior Football. Mereka boleh dikecualikan kerana apa yang dilakukan merupakan satu pencapaian yang luar biasa.

Selepas ini sekiranya anda mahu melepaskan kemarahan terhadap pasukan negara yang gagal di peringkat antarabangsa, mari kita berbincang proses pemilihan pemain untuk ke Bukit Jalil pada usia 14 tahun dan berharap mereka semua menjadi pemain bola sepak antarabangsa yang berkualiti tinggi dan bandingkan dengan Jepun dan UK kerana secara jelas bahawa kita sebenarnya tidak membandingkan dua perkara yang sama.

Translated by Omar Zin

Other posts by