Football

Kami mampu melakukan kejutan – Mario Gomez

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Mario Gomez berkata pasukannya mampu melakukan kejutan terhadap FC Istiklol dalam misi menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Dushanbe, Sabtu ini.

Beliau berkata kelab dari Tajikistan itu mempunyai pemain yang berpengalaman dan JDT perlu merangka strategi untuk menghalang mereka daripada menguasai bola dalam perlawanan akhir nanti.

Katanya, gaya permainan Istiklol menyerupai gaya pasukan Al-Qadsia SC yang gemar melakukan serangan yang pantas.

“Pemain nombor 8 (Nuriddin Davronov) cukup berbahaya manakala nombor 10 (Manolo Bleda) begitu pantas. Pemain nombor 9 (Khursed Makhmudov) pula sering menjadi penjana utama dalam mencipta peluang untuk pasukannya ketika memulakan serangan.

“Tapi mereka ada kelemahan di benteng pertahanan yang saya dapat kesan dan tidak mustahil untuk kami melakukan kejutan di sana,” kata Gomez kepada Arena Metro semalam.

Kesebelasan utama pasukan JDT pada perlawanan akhir akan dibarisi Safee Sali dan Amri Yahyah di bahagian serangan sekiranya Luciano Figueroa masih lagi belum pulih dari kecederaan dan kemungkinan besar akan dimasukkan sebagai pemain gantian.

Manakala kecederaan yang menimpa Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal dan Asrarudin Putra Omar bermakna Aidil Zafuan dan Marcos Antonio akan bermain di bahagian tengah benteng pertahanan, Fazly Mazlan pula akan bermain di kiri pertahanan diikuti dengan S. Kunanlan di bahagian kanan.

Other posts by