Football

Pemain kebangsaan mahu Ong jadi jurulatih Malaysia

Satu sumber dalaman mendedahkan bahawa kebanyakan para pemain kebangsaan mahukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik Ong Kim Swee sebagai jurulatih baru pasukan negara.

Di bawah kendalian Ong, jurulatih berusia 44 tahun itu telah berjaya mengembalikan keyakinan para pemain apabila pasukan kebangsaan telah mencatatkan dua kemenangan dan tiga kekalahan dengan dua kekalahan tipis menentang Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber tersebut berkata para pemain percaya bahawa Ong mampu melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai jurulatih negara berbanding melantik jurulatih asing.

“FAM sepatutnya meningkatkan tahap pembangunan pada peringkat akar umbi berbanding mencari jurulatih asing kerana ianya akan menelan kos yang cukup tinggi dan akan memakan masa yang lama buat mana-mana jurulatih asing untuk mengenal budaya, masyarakat serta personaliti pemain.

“Ketika ini, nama Ong sering disebut-sebut. Memang benar, reputasinya sedikit tercalar selepas tewas 0-6 kepada Pa­lestin tetapi barisan pemain negara masih yakin dengan keupayaannya.

“Malah, pemain-pemain ini berharap Ong dilantik sebagai jurulatih baru pasukan Malaysia kerana mereka menganggap beliau mampu memberikan nafas baru kepada pasukan kebangsaan.

“Kebanyakan pemain juga berkata lebih baik menggunakan dana yang besar untuk prog­ram pembangunan berbanding menggunakannya untuk jurula­tih asing kerana sebelum ini belum ada lagi jurulatih asing yang mampu memberikan kejayaan kepada pasukan negara seperti K. Rajagobal dan Ong sendiri,” kata sumber tersebut kepada Kosmo semalam.

Other posts by