Dez Corkhill : “Sebab untuk Takut” menjelang MSL 2016

0
Photo Credit: Mirror
Ketika Dury menulis lagu “ What a Waste” pada tahun 1977, Britain dilanda titik hitam kejatuhan ekonomi mereka. Bola sepak terus menimbulkan kesangsian di mata masyarakat dengan keganasan penyokong mereka sendiri selain kegagalan barisan skuad negara melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia. Sepertimana Liverpool menongkah arus memenangi Piala Eropah, kejutan yang langsung tidak berasas, bola sepak menjadi pincang di tanah air sendiri.
 
Terlalu banyak yang berlaku dalam sukan ini sehingga ia menjadi tidak munasabah. Dimana kawalan keselamatan pihak berkuasa jika barisan penyokong masih meliar, mengganas melakukan vandalisme antara yang mencetus persoalan. Bagaimana penyokong boleh “terhibur” menyaksikan perlawanan jika itu situasinya?. Kebanjiran penyokong memenuhi stadium juga gagal mengaburi topik utama yang dimahukan stesen televisyen. Kurangnya sumber kewangan dan tajaan tambah menyulitkan keadaan.
 
Dalam tempoh empat dekad ini, banyak perubahan positif yang dilalui bola sepak Malaysia. Namun kepincangan tetap jelas, sama ada masyarakat mengakuinya ataupun tidak.
 
SEBAB UNTUK TAKUT – 1) “TIDAK MUNASABAH?”
 
Photo Credit: www.espnfc.com
Photo Credit: www.espnfc.com

Selepas berlangsungnya persidangan bola sepak lalu, timbul sesetengah isu yang masih membelenggu senario bola sepak Malaysia “bagaimana ianya boleh munasabah”.

 
Contohnya, topik yang biasa menjadi perbincangan di Malaysia, kegagalan skuad negara mencapai sasaran selain tidak kemana pun prestasi mereka. Ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia, FIFA menjadi jawapannya sekaligus memaksa sesuatu perlu di lakukan ke atas skuad kebangsaan bagi mengembalikan maruah Malaysia. Perlantikan Datuk Ong Kim Swee dilihat tepat kerana wujud kesinambungan selepas dia mengambil alih tugas yang ditinggalkan Dollah Salleh.
 
Tetapi persoalannya apakah tiga bulan diperlukan untuk memutuskan siapa bakal menduduki kerusi panas jurulatih skuad Harimau Malaysia? Bagaimana ianya boleh munasabah?
 
Jika betul prestasi Kim Swee cukup memberangsangkan, mengapa perlukan masa yang panjang untuk membuat keputusan? Dia bukanlah seseorang yang baru dalam kancah bola sepak Malaysia. Apa yang boleh disimpulkan adalah Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM meragui kemampuannya, namun gagal mencari individu yang jauh lebih baik daripadanya. Penilaian yang sangat baik!
 
Semua meletak harapan Kim Swee mampu membuktikan yang dia mampu mengubah nasib skuad negara. Namun apalah yang boleh disandarkan harap untuk kembali mengukuhkan sebuah kapal yang rosak. Cuba anda bayangkan, Chelsea memecat Jose Mourinho, namun dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, kembali menagih semula khidmatnya. Bagaimana ianya boleh munasabah?
 
Photo Credit: www.delfi.ee
Photo Credit: www.delfi.ee

Satu lagi persoalan yang timbul, bagaimana Frank Bernhardt terpilih untuk menjadi pengemudi Skuad Projek 2017 sebelum kerusi panas pengendali skuad negara dipilih?.Bagaimana ianya boleh munasabah?

 
Tiada apa yang tidak kena dengan Bernhardt, tetapi skuad bawah 23 tahun yang disandarkan harap untuk menyerlah di Sukan SEA 2017 nanti sepatutnya mendapat tumpuan kedua selepas skuad negara.
 
Setelah sekian lama matlamat untuk menggenggam emas di Sukan SEA menjadi agenda Malaysia. Namun kejohanan ini punya had umur ditetapkan, bawah 23 tahun. Kejohanan berprestij peringkat remaja. Seperti kebanyakan, ia menjadi keutamaan semua sehingga kepentingan skuad negara dipinggirkan. Malangnya kita sentiasa dimomokkan dengan kepentingan prestasi skuad Harimau Malaysia. Jadi yang mana lebih penting dan menjadi keutamaan?
 
Bagaimana pula jika Bernhardt mampu menjadi seorang jurulatih bijaksana, tetapi Kim Swee gagal bekerjasama dengan baik terhadapnya?. Bagaimana jika Bernhardt menekankan formasi 3-5-2, tetapi Kim Swee pula menerapkan formasi 4-4-2? Dimanakah konsistensi? Siapa yang akan menguasainya? Dan jika keduanya berdiri di bawah falsafah sendiri maka bagaimana ianya boleh jadi munasabah?
 
Apa yang lebih penting kini? Ranking ke-140 FIFA ataupun pingat emas di Sukan SEA? Dengan siapa Adam Nor Azlin akan beraksi sekiranya dia cukup berkredibiliti bersama skuad negara. Kim Swee menyukainya, namun dia adalah sebahagian daripada anak buah Bernhardt. Bagaimana pula jika Kim Swee melihat dia amat sesuai beraksi di posisi penyerang, namun Bernhardt lebih selesa dia beraksi di posisi bek tengah?
 
Photo Credit: bongdaplus.vn
Photo Credit: bongdaplus.vn

Dalam usaha untuk membangunkan bola sepak, skuad Harimau Muda dibubarkan November lalu. Namun dua bulan kemudian, skuad Projek 2017 pula muncul (skuad lebih kurang seperti Harimau Muda) untuk menyertai saingan Liga Perdana. Namun demi integriti Liga Perdana, ianya dibatalkan. Tetapi bagaimana ianya boleh jadi munasabah?

 
Liga FAM, peringkat ketiga dalam saingan bola sepak Malaysia merunsingkan saya. Apa yang berlaku? Musim ini ada 16 pasukan yang akan bersaing. Musim lepas mereka punya dua divisyen yang terbahagi kepada 10 dan 9 pasukan, dimana dua pasukan akan masuk bersaing di Liga Perdana. Persoalannya bagaimana boleh wujud dua divisyen?
 
Daripada 19 pasukan yang bertanding, dua akan naik pangkat beraksi di Liga Perdana sementara tujuh lagi pasukan, TUJUH iaitu 37% daripanya menarik diri. Apa yang berlaku? Tiada siapa yang mengadu dan tiada siapa yang memperkatakan tentangnya. Bagaimana ianya boleh jadi munasabah?
 
Dua musim lalu, Liga FAM hanya punya satu divisyen yang mempunyai 10 pasukan dengan dua pasukan teratas akan beraksi di Liga Perdana. Kita perlu tahu apa yang kita mahukan. Bagaimana sesebuah organisasi itu kehilangan 37% daripada ahlinya akan kekal kredibilitinya? Bagaimana ia berlaku? Bagaimana ianya boleh jadi munasabah.
 
SEBAB UNTUK TAKUT – 2) “KOMUNITI AKRONIM”
 
stadium-feldaTerkini laporan Rob Brooks dalam akhbar The Guardian mempersoalkan apakah matlamat sebenar liga bola sepak profesional? Apakah untuk memenangi pertandingan? Adakah ia berfungsi untuk menyediakan hiburan kepada masyarakat tempatan? Atau mungkin menjadi platform yang baik untuk pengiklanan dengan mengaut keuntungan daripada pelabur? Atau mungkin memainkan peranan sebagai penjana kewangan? Adakah ia kombinasi keduanya atau tidak satu pun antara sebab berikut? Brooks bertanyakan soalan itu kepada Liga A Australia.
 
Pandangan berasas adalah bola sepak berada di tahap terbaik apabila ia bertindak sebagai hiburan dalam sesebuah komuniti. Ia menjadi sesuatu yang menakjubkan jika ia mampu menarik perhatian pihak penaja. Bola sepak diilhamkan untuk menjadi pengacau selain popular di mata masyarakat.
 
Anda boleh gelar saya ketinggalan zaman. Manchester United digelar Manchester dan beraksi di Manchester. Mereka sudahpun popular sebelum mereka mula memenangi sebarang gelaran. Leeds United mampu untuk menarik 25,000 penonton membanjiri stadium mereka biarpun mereka bukan pasukan yang hebat.
Exeter City juga berjaya menarik 5000 penyokong mereka ke Liverpool untuk menyaksikan pertemuan ulangan Piala FA. Exeter adalah satu kelab kecil di tengah bandar Devon yang menerima sokongan padu peminat mereka.
 
Photo Credit: Zimbio
Photo Credit: Zimbio

Lihat kepada liga yang masyur, dan anda akan melihat bagaimana sokongan komunitinya. Kadangkala para dermawan akan mencurah tajaan kepada pasukan yang tidak seberapa besar. Seperti apa yang dilakukan Tan Sri Vincent Tan bersama Cardiff City. Kelab ini mengekalkan identiti mereka tersendiri. Mereka berang apabila Tan Sri Vincent mahu menukarkan warna kelab itu kepada merah.

 
Di Milan ada dua pasukan yang beraksi. Di London ada 10 pasukan profesional yang bersaing dan di Jepun, kita dapat lihat perkembangan pesat bola sepak Liga J sejak tahun 1992.
 
Dalam mana-mana liga utama, pasukan yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia, ATM, Polis Diraja Malaysia, PDRM dan badan kerajaan yang lain dianggap unik. Di Malaysia, kebanyakan pasukan melambangkan komuniti dan ia ketara ditampilkan disini. Sesuatu yang boleh dibanggakan dan menyatukan komuniti mereka.
 
Kita lihat kembali dalam saingan Liga FAM. Daripada 16 pasukan bertanding, hanya tiga yang melambangkan penyatuan komuniti masyarakat. Yang lainnya terdiri daripada organisasi badan kerajaan, organisasi tajaan kerajaan, syarikat-syarikat dan lain-lain.
 
Photo Credit: The Star
Photo Credit: The Star

Satu yang jelas, jika melihat kepada senarai pasukan bertanding, kita akan keliru tentang pasukan itu jika kita tidak berapa menguasai akronimnya di Malaysia. Antaranya seperti :

 
MOF lwn UKM
 
MISC-MIFA lwn PKNP
 
SAMB lwn DYS
 
KDMM lwn PBMM
 
Pengetahuan bahasa malaysia saya menuju peningaktan, namun kita tidak perlukan pengetahun mendalam tentang bahasa untuk mengetahui nama-nama kelab pelik ini. Saya berfikir adakah saya sahaja yang berfikir tentang kepelikan ini? Lalu saya bertanyakan Stanley Bernard, bekas pemain antarabangsa Malaysia yang kini menjadi pengulas Astro Arena. Saya minta dia terangkan serba sedikit tentang pasukan-pasukan ini dan jelas ia sukar buatnya kerana sesetengah akronim itu tidak pernah didengarinya.
 
Scott Ollerenshaw juga berada di lapangan sama dan penah menjadi penduduk tetap di Sabah dalam tempoh 20 tahun. Dan dia juga perlu bertanyakan orang Sabah yang lain apa maksud DYS dan KDMM yang mengambil bahagian dalam Liga FAM. K. Sambagamaran mengetuai pasukan DYS dan ia adalah satu daripada 40 pasukan terbaik di negara ini. Jika Stan dan Scott tidak mengetahuinya, bagaimana orang lain akan mengetahuinya?
 
Ia seolah-olah menjadi ‘trend ‘ di negara Asia Tenggara pasukan profesional gemar menggelarkan diri mereka menggunakan nama akronim. Namun bukan semua orang mengetahui nama akronim ini.
 
Photo Credit: Football Malaysia
Photo Credit: Football Malaysia

Di saingan Liga FAM, hanya Hanelang, Sungai Ara dan Ipoh yang mewakili kawasan komuniti dan mampu meraih sokongan penduduk tempatan. Megah Murni di Selangor dan MISC-MIFA juga boleh mengatakan mereka mewakili kawasan komuniti masing-masing. DYS dan KDM keduanya daripada Sabah. Namun apakah komuniti masyakat disitu akan mengetahuinya tanpa sajian informasi yang mencukupi?

 
Badan kerajaan juga tidak ketinggalan menghangatkan saingan seperti Penjara, Kementerian Kewangan, MOF dan Felcra. Tiada keraguan mereka adalah sebuah syarikat mantap. Tetapi apakah seseorang akan mengeluarkan duit untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan Air Asia, atau peringkat lebih tinggi seperti Sime Darby dan DRB Hicom? Apa perlunya mereka berbuat demikian?
 
Ia berbalik kepada persoalan Brooks. Apa sebab utama ianya diwujudkan? Ia perlu ada sebab.
 
Ada dua sebab mengapa ianya berlaku. Pertama, syarikat-syarikat ini melihat bola sepak sebagai medium terbaik untuk melabur atau menyalurkan kewangan, namun belum cukup berani untuk melabur dalam pasukan negeri, atau menjadi penaja liga. Mengapa ianya berlaku? Di seluruh dunia, pasukan kelab akan menerima tajaan lumayan.Diharapkan tajaan yang diberikan Vida Beuty akan membawa pulangan lumayan setimpal dengan pelaburan mereka.
 
Percambahan badan-badan kerajaan dan syarikat dalam arena bola sepak ini turut merencatkan perkembangan pasukan yang mewakili komuniti. Bagaimana? Seperti saya tinggal di Petaling Jaya, apakah tiada pasukan bola sepak disini? Ia pernah ada, beraksi di bawah nama PBPJ, namun kehadiran mereka hanya seketika.
 
Photo Credit: IMG Golf
Photo Credit: IMG Golf

Secara amnya, pasukan kelab tidak boleh menjana kewangan, sepertimana pasukan kelab di negara barat lakukan seperti membuat permit untuk alkohol dan judi. Disini tidak berlaku, dan tidak boleh berlaku. Tetapi alangkah eloknya jika kelab seperti Sime Darby punya keyakinan untuk menaja dan memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak atapun liga itu sendiri daripada menjadi penaja kepada saingan Golf LPGA yang langsung tidak memberi apa-apa kepada komuniti masyarakat di Malaysia. Jika anda tidak percaya saya, tanya lah sesiapa sahaja, sesiapa sahaja, siapa yang menjadi juara saingan LPGA tahun lalu.

 
Sekiranya Sime Darby dan DRB Hicom menjadikan bola sepak sebagai salah satu strategi pemasaran mereka, mungkin impaknya agak negatif. Sime Darby menjadi finalis Piala FA pada 2012 lalu, sememangnya mereka punya kekuatan tersendiri. Nama mereka meniti di dada-dada akbar. Namun suasana di dalam stadium jika kita lihat, 1000 penyokong mereka terperosok di hujung stadium, ditenggelami dengan lautan penyokong Kelantan yang hadir hampir 89,000 orang. Ia adalah sebuah syarikat besar yang gah, namun suasana di dalam stadium tidak melambangkan gahnya syarikat gergasi ini.
 
Kelab yang betul serta penyingkiran yang betul daripada dasar liga yang konsisten itu perlu. Jika tidak, ia tidak akan memberi sebarang makna dalam arena bola sepak Malaysia. Akan ada beberapa pasukan yang lebih bernilai berbanding pasukan negeri yang akan beroleh sokongan. Dan senario itu tentunya akan menambah kecelaruan yang ada.
 
Ini adalah bola sepak – selalu ada sebab untuk kita rasa gembira.
 
Dipermulaan artikel ini ada terselit pujian tentang FMLLP. Namun “Sebab untuk Takut” berjaya menggugat cabaran yang perlu diharungi mereka. Ianya satu kerugian kerana Malaysia sepatutnya menjadi negara yang terkenal dengan sukan bola sepak. Permintaan, keghairahan dan bakat ada disini.
 
Doa buat tahun yang mendatang, juga tidak lupa buat Johor DT dan Selangor yang akan bersaing di kempen Piala AFC.
 
Nikmatilah saingan bola sepak setiap kali anda menontonnya.