#RIPStefan – Penjaga gol Melaka United meninggal dunia akibat sambaran petir

0
Photo Credit: Astro Awani

Penjaga gol Melaka United, Stefan Petrovski, telah disahkan meninggal dunia hari ini selepas bertarung dalam keadaan kritikal selama hampir sebulan.

Pemain berusia 18 tahun itu dipanah petir ketika sesi latihan Skuad Piala Presiden Melaka United pada 5 April lalu, bersama rakan sepasukan, Mohammad Afiq Azuan.

Kedua-dua pemain tersebut digegaskan ke Hospital Melaka, di mana mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Walaupun Afiq sedar semula dan akhirnya stabil, Stefan terus kekal dalam keadaan kritikal untuk beberapa minggu seterusnya.

Photo Credit: Melaka United
Photo Credit: Melaka United

Empat hari selepas kejadian tersebut, kedua ibu bapanya mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mendedahkan bahawa anak mereka telah didiagnosis dengan hypoxic ischemia, akibat serangan jantung yang dialaminya ketika kejadian itu.

Stefan kekal di bawah pengawasan rapi doktor untuk beberapa minggu berikut. Namun begitu, pertarungan nyawa Stefan berakhir dengan tragis, awal hari ini.