Football

Apa rahsia sebenar Datuk Noordin beli kelab FC Bari 1908?

Pembangunan bola sepak Malaysia menjadi keutamaan pemilik baru FC Bari 1908, Datuk Noordin Ahmad.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Berita Harian baru-baru ini: “ Sebab sebenar saya membeli kelab ini ialah untuk bola sepak Malaysia.

“Kalai kita dapat hantar pemain-pemain muda kita ke sana dan selepas beberapa tahun apabila kembali ke sini dapat menaikkan bola sepak kita.

“Rancangan saya ialah membawa tiga pemain muda terbaik negara ke sana setiap tahun untuk diberi pendedahan dan mengembangkan lagi bakat mereka. Selepas beberapa tahun diharap kelompok ini dapat kembali membawa Malaysia ke Piala Dunia.

Noordin mendapat idea untuk membeli kelab berkenaan selepas beliau bercuti di Itali bersama keluarga dan selepas mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia.

“Semuanya bermula ketika saya pergi dengan keluarga untuk bercuti di Itali selama seminggu pada bulan Disember tahun lalu,” jelas Noordin yang kini memiliki 50 peratus saham kelab berkenaan.

“Di sana saya mengikuti perkembangan bola sepak negara, pelbagai teori dikeluarkan sehingga menimbulkan perdebatan antara satu sama lain.

“Bagi saya ia satu perkembangan yang baik. Semua pihak sayangkan bola sepak Malaysia, sebab itu keluar pelbagai teori. Sebab itu saya terfikir, bola sepak kita tidak begitu menonjol kerana anak-anak kita tidak rasa ada masa depan dalam bola sepak.

Noordin telah berbincang dengan beberapa kelab di sana termasuk Lazio yang bersaing dalam Seria A, namun akhirnya memutuskan untuk memiliki FC Bari 1908 yang berada dalam divisyen lebih rendah.

“Sasaran saya untuk membawa Bari menjuarai Serie A dalam tempoh lima tahun lagi. Jika kita komited dan percaya diri, serta berusaha keras, kita mampu lakukan.

Other posts by