Misi Sukan SEA 2017: FAM yakin keupayaan Bernhadt

0
Photo Credit: The Star

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Frank Bernhardt mampu membawa pasukan untuk memenangi pingat emas di temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah juga menyatakan walaupun dia melatih skuad bawah 21 dah bawah 19 tahun negara, fokus jurulatih Jerman itu tidak akan terganggu.

“Kami telah berbincang dengan Bernhardt. Pemain untuk Sukan SEA akan dipilih dari skuad bawah 23, bawah 21 dan bawah 19 tahun.

“Oleh itu, kami memberi peluang kepadanya untuk menilai pemain yang mampu membantu beliau membentuk pasukan yang kuat untuk sertai kejohanan tahun ini,” beliau memberitahu wartawan di ‘Hari FAM bersama Media’ 2016 di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Afandi turut menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah memberi jaminan akan membayar tunggakan gaji lima pemain mereka sebelum 30 Mei.

“Kami tidak boleh beri jaminan bila perkara ini akan selesai tetapi saya difahamkan KAFA sedang berusaha menyelesaikan masalah ini,” jelas beliau.

Lima bekas pemain Kelantan,iaitu, Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar antara yang masih menunggu bayaran penuh tunggakan gaji mereka yang sepatutnya dibayar oleh KAFA pada 11 Mei.