Football

Cabaran sukar pasukan bawah 16 tahun Malaysia

Pasukan bawah 16 tahun Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan C bagi Kejohanan AFC B-16 , bersama bekas juara Korea Selatan dan Oman, serta Iraq.

Undian ini bermaksud mereka akan berada di dalam kumpulan yang sama dengan Korea Selatan untuk edisi kedua berturut-turut, apabila kedua-dua pasukan berada di dalam Kumpulan A bagi edisi 2014.

Dalam edisi tersebut, Korea Selatan menewaskan Malaysia 1-0 hasil jaringan Lee Seung-woo, dan pasukan itu mara ke final tetapi tewas kepada musuh ketat mereka, Korea Utara. Malaysia yang mara ke suku akhir selaku pasukan di tangga kedua terlepas slot kelayakan ke Piala Dunia B-17 pada 2015 selepas gagal ke separuh akhir apablia tewas 2-1 kepada Australia.

Dalam undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Goa, India minggu lepas, Malaysia diletakkan di dalam Pot 2, selaku juara Kumpulan G dalam pusingan kelayakan.

Malaysia muncul juara Kumpulan G dalam pusingan kelayakan tahun lepas, dan mendapat satu-satunya slot kelayakan dari kumpulan tersebut, mengenepikan cabaran dari Laos, Timor Leste, Filipina dan Northern Mariana.

Edisi kali ini akan mengambil tempat di India dari 15 September hingga 2 Oktober, di bandaraya New Delhi dan Kozhikode. Kumpulan C yang disertai Malaysia akan bermain di Ambedkar Stadium, New Delhi.

Other posts by