Football

Kuala Lumpur FA cari penyerang import baru

Prestasi buruk dan kecederaan menyaksikan Kuala Lumpur bakal menggugurkan dua tonggak import mereka Mario Karlovic dan Anselmo Cassagrande.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dalam sesi temubual KLFA bersama media di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya, semalam.

Beliau turut mengesahkan bahawa skuad warga kota itu sedang dalam pencarian pemain import baru.

“Kami sedang meninjau mereka menerusi perlawanan persahabatan yang diadakan. Kami tidak putuskan lagi tetapi (pemain) yang tampil memang ramai.

“Ada yang datang dari Jerman, Amerika Syarikat, Mali, Cameroon dan Palestin,” jelas beliau.

Kuala Lumpur juga dalam perbincangan mendapatkan dua pemain tempata, Mohd Ferris Danial dan Ahmad Ezrie Shafizie dari Felda United.

Selain itu, Adnan turut memberi jaminan bahawa kerja menaik taraf Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras dijangka selesai Oktober tahun ini.

“Stadium dijangka siap pada Oktober seperti dijanjikan pihak kontraktor, tiada masalah daripada aspek pembinaan. Cuma ia memakan masa sedikit kerana cadangan struktur awal tidak dapat dilaksanakan.

Other posts by