Football

Farhan Roslan tersenarai dalam skuad Bernhardt untuk Nations Cup

Pemain tengah Kedah Muhammad Farhan Roslan tersenarai antara 27 pemain yang terpilih untuk menyertai Nations Cup yang akan berlangsung pada 3-5 Jun di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jurulatih skuad bawah 21 tahun negara Frank Bernhardt berkata Muhammad Farhan tersenarai selepas doktor pasukan mengesahkan bahawa dia sudah pulih dari kecederaan.

Jurulatih Jerman itu juga terpaksa menggugurkan Mohamad Shah Amirul dari pasukan selepas pemain Pahang itu mengalami kecederaan lutut dan memerlukan dua minggu untuk pulih.

Lima lagi pemain yang digugurkan adalah M. Kogileswaran Raj (Frenz United), N. Thanabalan (Negeri Sembilan), Muhammad Faizzudin Mohd Abidin (Selangor), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team) dan G. Thipen Raj (MISC-MIFA).

“Saya yakin dengan pemain saya kerana mereka pemain yang bagus. Mereka cuma perlu mengulang semula latihan dari aspek taktikal bagi membolehkan pemain kembali serasi dengan corak permainan yang kami mahukan,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Photo Credit: Goal.com
Photo Credit: Goal.com

Bernhardt berkata objektif utama pasukan bukan untuk memenangi kejohanan itu tertapi untuk mencari keserasian di antara pemain baru dan mengenal pasti kesebelasan utama.

Kejohanan Nations Cup yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh FAM dan disertai oleh empat negara, iaitu Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia selaku tuan rumah.

Malaysia akan menentang Singapura sementara Vietnam akan bertemu Thailand dalam perlawanan pembukaan pada 3 Jun.

Pemenang akan mara ke separuh akhir sementara pasukan yang tewas akan bermain di penentuan tempat ketiga dua hari kemudian.

Senarai 27 Pemain:

PENJAGA GOL: Muhammad Haziq Nadzli (PDRM); Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan); Amierul Hakimi Awang (Terengganu).

PERTAHANAN: R. Dinesh (Frenz United); Muhamad Hafiy Haikal Ismail and Dominic Tan Jun Jin (JDT II); Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan); Muhammad Arif Farhan Md Isa (Kedah), B. Sanjef Dinesh (DRB-Hicom FC); Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan); Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Zulkhairy Zulkeply dan Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC).

MIDFIELD: Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang); Muhammad Syahmi Safari (Selangor); Muhammad Safawi Rasid and Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T- Team); Muhammad Farhan Roslan (Kedah); Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II); Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan); Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak) dan Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak).

PENYERANG: Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Penang); Adam Nor Azlin (Selangor); Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak); Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur) dan Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).

Other posts by