Hockey

Terry Walsh enggan ulas kedudukan Faizal

Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Terry Walsh enggan mengulas kedudukan pemain hoki Terengganu, Faizal Saari dalam skuad kebangsaan.

Walsh berkata, tidak adil baginya untuk memberi sebarang ulasan mengenai kepulangan semula Faizal di saat skuad kendalian Stephen Van Huizen memerlukannya bagi menghadapi saingan Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Oktober ini.

Walsh ketika ditemui pada aksi final Piala Razak berkata,” Sama ada dia akan kembali ke skuad kebangsaan terpulang kepada barisan kejurulatihan. Namun bagi saya, dia masih taruhan terbaik negara terutamanya untuk persiapan menghadapi Trofi Juara-Juara Asia nanti.”

Faizal sebelum ini digantung enam bulan dari menyarung jersi skuad hoki negara selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad negara Oktober tahun lalu.

Faizal membantu skuad hoki Terengganu muncul juara Piala Razak apabila dua gol jaringannya membantu pasukan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain turut dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Penjaring Terbanyak dengan tujuh gol.

Other posts by