Football

Malaysia 3-0 Timor-Leste: Pemain terbaik perlawanan

Malaysia menang 3-0 ke atas Timor Leste dengan dua jaringan Hazwan Bakri dan satu jaringan Amri Yahyah membantu Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pada hari Isnin depan.

Di sebalik aksi bertenaga kesemua pemain, seorang pemain dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas memainkan peranan penting dalam perlawanan sebentar tadi.

Pemain tersebut adalah BRENDAN GAN.

Pemain pasukan Kelantan ini menjadi nadi kepada pasukan Malaysia apabila bijak menggunakan fizikalnya untuk mendominasi midfield. Dia juga tidak takut untuk membuat kerja kotor untuk Malaysia dan bergerak ke depan untuk membantu serangan.

Dibantu Baddrol Bakhtiar yang menjalankan tugas untuk membantu bahagian pertahanan, Brendan diberikan tugas untuk memberi tekanan kepada pertahanan Timor-Leste dan menghantar bola kepada bahagian sayap untuk memulakan serangan.

Dalam perlawanan Malaysia menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, Malaysia gagal bersaing dengan pemain naturalisasi Timor Leste yang mempunyai fizikal yang lebih besar, tetapi dengan adanya Brendan Gan pada malam ini, Datuk Ong Kim Swee telah menemui jalan penyelesaiannya.

Tahniah kepada pasukan Malaysia. Diharap Harimau Malaysia akan terus mengaum di perlawanan timbal balik di Larkin pada hari Selasa depan.

 

Other posts by