Football

Frank Bernhardt tagih sokongan padu penyokong

Ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun (B21) Malaysia, Frank Bernhardt menyeru penyokong Malaysia untuk turun memberikan sokongan padu kepada pasukan kendaliannya menjelang pertemuan menentang Singapura B-21 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Beliau berkata;” “Saya berharap penonton-penonton dari seluruh pelusuk negara dan bukan sahaja dari Kuala Lumpur akan datang membanjiri Stadium Hang Jebat, Melaka esok bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Malaysia.”

Perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu akan menjadi ujian pertama untuk pengendali dari Jerman dan anak buahnya kerana ia akan menjadi kayu pengukur buat pasukannya menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan. Pasukan pilihan seperti Thailand dan Vietnam turut bersaing dalam kejohanan ini.

“Sudah semestinya saya mahu memenangi kejohanan Nations Cup ini. Namun, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita masih dalam peringkat persediaan untuk mencari kesebelasan terbaik bagi temasya Sukan SEA kelak.

Skuad B-21 negara sebelum ini seri 1-1 dengan Nepal dan menewaskan Filipina 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada bulan Mac.

Thailand akan berdepan Vietnam dalam perlawanan pertama hari ini pada pukul 4.45 petang sementara Singapura akan berdepan tuan rumah Malaysia pada pukul 8.45 malam. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir pada 5 Jun.

Tiket bagi menyaksikan kejohanan Nations Cup berharga RM 5 untuk kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah), RM 10 ( tempat duduk biasa) dan RM20 (grandstand). Tiket boleh didapati menerusi rangkaian Ticketpro di Lembah Klang dan Melaka juga boleh didapatkan di Stadium Hang Jebat pada hari perlawanan.

Other posts by