VIDEO: 10 Knock Out terbaik Muhammad ‘peninju terhebat’ Ali

0
Photo Credit: YouTube

Dunia dikejutkan dengan berita pemergian peninju terhebat dunia Muhammad Ali pada usia 74 tahun.

Ikon tinju itu telah sekian lama menderita penyakit yang berkaitan pernafasan, dimana ia turut diterukkan lagi dengan penyakit Parkinson yang dihidapi beliau. Beliau dimasukkan ke hospital pada hari Khamis, namun satu kenyataan dari keluarga beliau mengesahkan pemergian Ali awal hari ini.

Peminat dari seluruh dunia membanjiri laman sosial seperti twitter dan Facebook untuk berkongsi rasa sedih mengenai pemergian beliau dan menunjukkan penghargaan mereka kepada seorang insan yang sangat berjasa dalam arena sukan tinju selepas menerima berita pemergian beliau beberapa jam yang lalu.

Peminat yang membesar dengan aksi hebat Ali pastinya akan berduka cita hujung minggu ini. Pelbagai video, kisah dan gambar lama mengenai peninju hebat ini boleh dilihat untuk kita mengingati karier dan personaliti peninju hebat ini.

Oleh sebab itu, di sini kami sertakan untuk anda, satu video menakjubkan – koleksi 10 knockout terbaik Muhammad Ali di gelanggang tinju. Seorang insan yang hebat, tetapi Muhammad Ali pastinya lebih diingati melalui aksi beliau yang lincah dan tumbukan padunya di gelanggang tinju. Mari kita bersama-sama menyelusuri memori ini dan simpan kenangan mengenai seorang insan dan peninju hebat bernama Muhammad Ali! #AliBomaye