Football

Malaysia perlu berwaspada menentang Timor Leste – OKS

Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya berwaspada ketika berhadapan Timor Leste dalam perlawanan kedua playoff Kelayakan Piala Asia 2019 malam ini walaupun mendahului 3-0 dalam perlawanan pertama.

“Untuk menghadapi perlawanan kedua ini, kita harus bersiap sedia daripada segala aspek perancangan terutama kita tidak pasti apa yang mereka akan lakukan dan pada masa sama kita harus bersedia jika mereka menggunakan corak permainan pantas dan mengasak dari awal perlawanan,” jelas beliau kepada wartawan.

Kim Swee berkata Malaysia mungkin menggunakan strategi yang sama berdepan Timor Leste dalam perlawana kedua tetapi semuanya bergantung kepada situasi perlawanan malam ini.

“Jika saya perlu menukar strategi ketika perlawanan, saya akan tukar. Timor Leste mungkin telah membuat kajian mereka selepas kekalahan dalam perlawanan pertama, oleh itu kita mungkin tidak perlu mengikut format atau strategi yang sama,” jelas beliau.

Mengenai kecederaan yang dialami oleh Brendan Gan,Izham Tarmizi dan Shahrom Kalam pula, beliau berkata: “”Mengenai kecederaan dialami Shahrom Kalam dan Brendan Gan pada perlawanan pertama tempoh hari, kedua-duanya nampak bertambah baik dan kita ada satu lagi sesi latihan petang ini sebelum memutuskan sama ada mereka boleh beraksi atau tidak.

“Penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan pula mengalami kecederaan lama di bahagian buku lali dan kita akan teliti terlebih dahulu sebelum memberi katas putus sama ada dia dapat diturunkan atau tidak untuk perlawanan malam esok.

Malaysia mendahului Timor Leste 3-0 dalam perlawanan pertama selepas menjaringkan gol menerusi Hazwan Bakri (2 gol) dan Amri Yahyah.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin pada jam 10 malam ini.

Other posts by