Bekas jurulatih Kuala Lumpur dilantik sebagai ‘scout’ Manchester United

0

Bekas ketua jurulatih Kuala Lumpur, Ricardo Formosinho dilantik menjadi ‘Scout’ untuk gergasi bola sepak dunia Manchester United oleh pengurus baru kelab berkenaan, Jose Mourinho.

Ricardo Formosinho yang merupakan ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur musim lalu, pernah bertugas bersama Mourinho di Porto ketika Porto menjulang trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2003/04 dan Real Madrid.

Namun, Formosinho yang pernah bermain untuk Vitoria Setubal di Portugal hanya memegang jawatan ketua jurulatih Kuala Lumpur selama tiga bulan sahaja selepas direhatkan ekoran prestasi buruk skuad warga kota itu.

Mungkinkah bekas pengendali Kuala Lumpur ini akan menjumpai Cristiano Ronaldo atau Neymar baru untuk Manchester United? Atau hanya Bebe dan David Bellion baru? Sama-sama kita nantikan.