Perenang Malaysia Jinq En cipta sejarah di Monaco

0
Photo Credit: MyMetro

Sejarah tercipta buat Malaysia di Monaco selepas perenang negara, Phee Jinq En memenangi pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Jelajah Mare Nostrum semalam.

Berdepan finalis Kejohanan Dunia, Marina Garcia Urzainqui dari Sepanyol, pelumba negara itu mencatatkan masa 31.66s sekaligus memecahkan rekodnya sendiri yang dicipta pada November lepas di Kejohanan Piala Dunia di Dubai.

Jinq En yang meraih pingat perak dalam acara 100m kuak dada dalam kejohanan yang sama hari Ahad lalu merupakan perenang Malaysia pertama merangkul pingat emas dalam saingan kejohanan di Eropah.

“Saya tidak menjangka dengan catatan masa saya, ini merupakan perlumbaan kelima saya dalam tempoh dua hari, dan saya telah berenang dalam acara 100m dan 200m kuak dada di sebelah pagi. Sepatutnya saya suda kehabisan tenaga,” ujar Jinq En selepas ditemu bual oleh akhbar tempatan.

Pasukan Malaysia turut memenangi pingat gangsa dalam acara 200m gaya bebas menerusi Welson Sim.

Perenang kelahiran Sarawak itu menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 1:49:29s mengatasi beberapa perenang bertaraf elit seperti pemenang pingat emas 200m Devon Brown yang menamatkan saingan di tempat keempat.