Football

Eksklusif: “Kenapa Bernhardt letakkan saya di bangku simpanan?” – Dominic Tan

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) , Dominic Tan Jun Jin telah meluahkan kekecewaanya terhadap jurulatih skuad B22 Malaysia, Frank Bernhardt kerana tidak memberinya peluang untuk beraksi dalam kedua-dua perlawanan Nations Cup menentang Singapura dan Thailand di Stadium Hang Jebat.

Bekas ketua pasukan Harimau Muda C itu tersenarai sebagai tonggak utama projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt, bersama Faris Shah, Adam Nor Azlin dan Farhan Roslan. Namun, dia terpaksa memanaskan bangku simpanan dalam dua perlawanan di kejohanan yang berlangsung julung kali itu.

“Saya rasa sangat kecewa kerana tidak diberi peluang dalam sekurang-kurangnya satu dari dua perlawanan oleh ketua jurulatih (Frank Bernhardt),” ujar Dominic Tan kepada FourthOfficial.com.

“Ia satu penghormatan bermain untuk Malaysia dan saya sedih kerana tidak dapat beraksi langsung.

Photo Credit: Dominic Tan
Photo Credit: Dominic Tan

Malaysia menewaskan Singapura 3-0 menerusi jaringan Safawi Rashid, Syafiq Ahmad dan Nur Syamie sekaligus membantu pasukan mara ke perlawanan akhir. Mereka kemudiannya tewas 2-1 kepada juara Sukan SEA 2015, Thailand, walaupun Nur Syamie menjaringkan gol penyamaan buat skuad negara.

“Saya rasa kami berpeluang untuk memenangi Nations Cup selepas kemenangan besar ke atas Singapura. Tapi malang buat kami, Thailand lebih mahukan kemenangan itu berbanding kami.

Dominic Tan berikrar tidak akan berputus asa dan akan berkerja keras untuk menjadi sebahagian dari skuad Sukan SEA.

“Saya mahu terus meningkatkan prestasi dan membuktikan saya layak untuk diberikan peluang beraksi.”

Other posts by