Gandingan Vivian-Khe Wei terus bangkit

0

Bergu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei berjaya layak ke separuh akhir Terbuka Indonesia minggu lalu dan berharap dapat melakukan perkara yang sama di Australia minggu ini.

Gandingan nombor 20 dunia itu, yang tewas kepada Tang Yuanting-Yu Yang dari China 21-15, 21-19 di Jakarta, akan berdeoan gandingan Australia Rainbow Ngai dan Jennifer Tam di pusingan pertama hari ini.

“Ianya bagus melihat prestasi Vivian dan Khe Wei meningkat kerana mereka bergelut sejak kebelakangan ini.

“Saya harap mereka boleh sampai ke separuh akhir di Australia ,” ujar pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost, yang juga mahukan juara remaja dunia Goh Jin Wei untuk terus mempamerkan aksi cemerlangnya.

Jin Wei, yang akan menentangn pemain nombor 21 dunia Michelle Li hari ini, telah memenangi Kejohanan Antarabangsa Orleans dan gelaran Sirkit Kebangsaan tahun ini.

“Ini akan menjadi satu ujian yang bagus untuk Jin Wei. Mereka memiliki corak permainan yang sama tetapi ranking Jin Wei lebih rendah,” ujar Frost, yang tidak menolak pemain berusia 16 tahun itu untuk bermain di Sukan Olimpik jika pemain badminton wanita utama Tee Jing Yi tidak dapat pulih dari kecederaan buku lali yang dialaminya awal bulan ini.

“Jing Yi telah bermain dengan baik dan layak ke Olimpik secara merit. Di atas kertas, dia lebih kuat dari Jin Wei tetapi realitinya, Jin Wei telah bermain lebih baik.

“Masih ada masa untuk menilai keadaan Jing Yi sebelum kita membuat keputusan muktamad berkenaan skuad untuk Olimpik.”

Jing Yi akan memulakan aksi di Terbuka Australia menentang pemain tempatan Wendy Chen.

Sementara itu, dalam acara bergu lelaki, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan menentang gandingan Jerman Matjis Dierickx-Free Golinski, sementara Goh V Shem-Tan Wee Kiong berdepan bergu India Nikhar Garg-M.Anilkumar.

Lee Chong Wei, yang akan diumum sebagai pemain nombor satu dunia apabila rangking diumumkan esok, telah menarik diri dari kejohanan tersebut selepas mengalami kecederaan otot.

“Dia mengalami ketegangan di otot sebelum final di Indonesia. Sebab itu, dia