Football

Satira: Rahsia taktikal Joachim Loew menentang Ukraine

Jika anda melihat perlawanan Jerman menentang Ukraine semalam anda pasti teruja melihat taktikal hebat Jerman yang menang 2-0 melalui jaringan Shkodran Mustafi dan Bastian Schweinsteiger.

Bagaimana agaknya pasukan seperti Jerman ini mampu bermain dengan begitu cantik? Adakah disebabkan kehebatan Manuel Neuer di gawang gol? Ketenangan Toni Kroos yang mengawal tempo permainan? Atau kreativiti Ozil di bahagian serangan?

Jika itu jawapan anda, anda salah.

Semuanya bergantung kepada teknik rahsia jurulatih Jerman, Joachim Loew. Loew mempunyai teknik tersendiri untuk mengawal corak permainan anak buahnya. Sebelum ini beliau juga mempunyai rahsia sendiri di Piala Dunia 2014, dan kini di Euro 2016, Loew mempunyai teknik yang berbeza. Sila saksikan video di bawah untuk mengetahui rahsia beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=0hajqD_ylV0

 

Bijak bukan? Ini bagaikan isyarat rahsia kepada pemainnya! Selepas memberikan isyarat ini, Jerman menggandakan asakan dan akhirnya menjaringkan gol menerusi Bastian Schweinsteiger.

Selain itu, Loew juga mempunyai heatmap tersendiri sepanjang perlawanan. Mungkin agak berbeza dengan pemainnya, tetapi heatmap inilah yang membantu beliau memberikan isyarat rahsianya.

IMG_6657

 

NOTA: Pihak FOURTH OFFICIAL tidak bertanggungjawab jika taktik rahsia ini tidak menjadi untuk pasukan anda di padang bola sepak.

Other posts by